Thursday, May 22, 2014

Last Day for class Visual Communication

Setelah berpenat lelah pada hari pertama pameran, kami dikehendaki memberikan komen dan luahan sepanjang projek ini berlaku.

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya bersyukur dapat belajar subjek Komunikasi Visual ini kerana banyak yang telah saya pelajari melalui pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu Dr. Nurul. Bagi saya tanpa beliau, saya tidak akan sampai ke tahap ini, mengenal segala ilmu mengenai Komunikasi Visual.


Apa perjuangan yang telah saya hadapi sepanjang projek ini?
Apabila saya bersama-sama ahli kumpulan bertungkus lumus dalam menyiapkan satu projek yang besar dan cuba mengenal apa ituKomunikasi dan apa itu Visual? Bagi saya Komunikasi Visual adalah sebuah rangkaian  proses penyampaian informasi atau pesanan kepada pihak lain dengan penggunaan media pengambaran yang dibaca oleh indera penglihatan. Oleh itu, saya seorang pelajar Seni Halus pada awalnya susah bagi saya untuk masuk dalam bidang Grafik dan merupakan satu cabaran pada saya dalam mempelajarinya bila saya pelajari mengenai Grafik baru saya tahu bahawa Grafik sangat senang dipelajari dan semakin hari saya semakin suka dengan bidang Grafik ini.


Pengurusan pasukan?
Secara keseluruhannya kumpulan kami membahagikan kerja dengan baik. Kerja yang ringan kami bahagikan sama rata seperti mencipta logo, karakter, poster, dokumentasi, dan juga poster. Kerja yang berat pula kami sama-sama buat seperti memotong kayu, memaku, membina stand untuk prototaip, mewarnakan karakter, dan lain-lain lagi.


Pilihan prototaip dan proses ujian?
Pilihan protaip adalah atas persetujuan semua ahli dan semasa proses ujian berlaku, prototaip tersebut ada masalahnya kerana menghasilkan sesuatu itu tidak akan terus sempurna. Jadi pada masa itu prototaip kami hanya bermasalah pada puzzle tersebut. Blok-blok kayu tersebut tersekat ketika beralih pada satu tempat ke tempat yang lain. Jadi kami selesaikan dengan membuka dan memaku semula supaya permainan tersebut sempurna.


Perkara yang paling diingati sepanjang melalui proses projek ini?
Perkara yang paling saya suka ialah ketika prototaip kami diterima oleh Dr. Nurul dan permainan kami digemari oleh orang ramai dan paling saya suka ialah melihat mereka tersenyum gembira bermain permainan kami sambil gelak ketawa bersama rakan-rakan mereka. Tidak lupa juga bagaimana saya belajar mengenal macam mana sesuatu pameran itu dilakukan seperti proses menvisualkan prototaip. Perkara ini sangat-sangat penting untuk Projek Tahun Akhir (FYP) saya nanti.


Bagaimana projek ini memberikan kegembiraan kepada Georgetown?
Georgetown merupakan tempat pelancongan, jadi bagi saya Georgetown perlu diisi dengan satu permainan yang menggembirakan mereka. Oleh itu, permainan puzzle kami merupakan satu permainan yang menyeronokkan. Tambahan pula, tempat yang kami fokus adalah di Lebuh Acheh yang mana merupakan tempat yang sangat kurang pengunjung ke tempat tersebut. Lebuh Acheh tersebut merupakan kawasan penduduk melayu yang paling maju satu ketika dahulu kerana tempat tersebut merupakan tempat pengumpulan bakal-bakal haji. Oleh itu, disamping pengunjung bermain dengan permainan kami, mereka juga dapat mengetahui sejarah kawasan tersebut dan dengan harapan sejarah tersebut akan mereka ingat dan diceritakan kepada orang sekeliling tempat mereka khususnya kepada pelancong luar negara. 






Akhir sekali saya ingin berterima kasih sangat kepada Dr. Nurul kerana mengajar kami mengenai Komunikasi Visual. Kepada rakan yang telah membantu dalam menjayakan projek ini juga saya sangat-sangat berterima kasih. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan saya kerana bersabar dengan karenah saya sepanjang projek ini. Tanpa anda saya tidak akan tahu erti kerja secara berpasukan. Sangat-sangat hargai kenangan kerja bersusah payah bersama-sama dan saya akan rindui untuk bersama lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan saya kerana sama-sama berpenat lelah dan selama proses "Happiness Project" ini. Nor Shahirah, Roslina Keri, and Nur Kamilah Ruzana thank you and will miss you all. ^__^ 


Exhibition Time

Pada pagi yang sangat mulia dan dengan penuh debaran dan semangat yang kental maka tibalah hari pameran "Happiness Project" pada hari yang sama dengan RINTIS. Dengan lafaz Bismillah kami mulakan kerja kami dengan membersihkan kawasan luar studio grafik dengan pertolongan beberapa rakan kami. Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing tapi mereka masih lagi menolong antara satu sama lain. Ini menunjukkan semangat "Happiness" bersama kami. ^__^ Terima Kasih yang tidak terhingga kepada mereka.





Setelah perasmian RINTIS selesai, studio pameran "Happiness Project" telah dilawati oleh beberapa pelajar sekolah dan juga orang ramai. Antara feedback yang kami dapat untuk projek kami ialah mereka seronok bermain dengan puzzle box kami dan sambil mereka bermain mereka juga bertanya lebih mengenai sejarah yang kami kaji bersama dengan karkatur yang telah kami lukis.




Proses persediaan untuk pameran

Setelah bertungkus lumus menghasilkan prototype, tibalah masanya kami membentangkan status projek kami. Selepas perbentangan tersebut kumpulan kami telah mendapat kritikan daripada Dr. Nurul yang mengatakan bahawa nama group kami iaitu "SOLVE" tidak sesuai dengan projek kami. Oleh itu kami mengambil keputusan meletakkan nama " ZABOX" dijadikan sebagai nama kumpulan kami. Jadi segala kerja untuk pameran akan datang telah pun selesai bersama buku dokumentasi, poster, dan juga logo.

Logo
Poster


Maka tibalah masanya untuk kami sekumpulan menyusun segala barang dari pagi sampailah malam untuk pameran kami pada hari RINTIS keesokkannya.





Lastly done setting for our Happiness Project!!!


Antara gelak ketawa kami sepanjang proses setting berlaku. "Happiness" ada dalam diri kami. Enjoy your life all my friends. ^__^




Sunday, May 4, 2014

Prototype in the making

Penghasilan prototype mula dilakukan pada hari tutorial dibatalkan. Pada hari tersebut juga kami melakukan proses testing prototype di kawasan yang sebenar untuk melihat permasalahan yang akan kami hadapi.

Antara bahan-bahan utama yang diperlukan dalam penghasilan prototype.


~My LOVELY group~

 Proses mengukur dan memotong dilakukan dan kami perlu dibantu oleh tecnician untuk proses pemotongan playwood atas sebab-sebab keselamatan.







 Proses membina stand untuk permainan 'puzzle' kami mula dilakukan.






Selepas menghasilkan prototype tersebut, kami dilawati oleh beberapa pelajar yang berada dikawasan tersebut dan mereka seronok bermain dengan permainan 'puzzle' yang kami hasilkan.





Selepas berpenat lelah menghasilkan stand untuk permainan 'puzzle' kami maka tibalah masanya kami test prototype tersebut di kawasan yang sebenar pada khalayak ramai.
Proses testing prototype tersebut diletakkan di hadapan Restoran Subaidah berdekatan dengan dengan hentian bas atas sebab ramai pelajar dan orang awam yang melalui dan berhenti di kawasan itu.











~~(^__^)~~





Our Prototype

This is our real size of prototype.

Setiap prototype dipotong segi empat sama kecil untuk dijadikan permainan 'puzzle'.




Me and my lovely group.
cc: Roslina Keri

Group kami dikunjungi oleh beberapa classmate kami dan feedback yang kami dapat adalah 'sangat menarik dan fun'. Thank you..!! ^_^

Tutorial "What is Prototype?"

Penerangan Dr. Nurul pada kali ini ialah mengenai PROTOTYPE.

Apa itu Prototaip?
Prototaip adalah keluaran daripada produk yang dibina untuk mengkaji konsep atau proses atau bertindak sebagai sesuatu untuk ditiru dan pembelajaran. ia adalah satu istilah yang digunakan dalam pelbagai konteks termasuk semanticts, reka bentuk, elektronik, dan pengaturcaraan perisian.

Mengapa prototaip penting dalam proses reka bentuk?
Prototaip direka untuk menguji dan percubaan reka bentuk yang baru untuk meningkatkan ketepatan oleh analisis sistem dan pengguna. Prototaip berfungsi untuk menyediakan spesifikasi untuk sistem sebenar, bekerja dan bukannya satu teori.

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika menyediakan prototaip ialah
1- Costing
2- Strategies
3- Management
4- Designing the process
5- Think a head.

Dan perkara yang paling penting dalam penghasilkan prototaip adalah membuat ujian terhadap prototaip tersebut. Melalui proses ujian tersebut, kita akan lebih mengetahui beberapa masalah dan risiko yang mungkin dihadapi oleh kita dan juga kita akan mengetahui bahagian-bahagian prototaip yang masih lagi tidak sempurna dan perlu diperbaiki.

Selepas penerangan Dr. Nurul, kumpulan kami membentangkan idea yang telah kami hasilkan melalui sketches yang terakhir kami pilih. Sketches tersebut kami lakarkan diatas kertas bersaiz A2. Saiz tersebut merupakan saiz sebenar yang akan kami hasilkan diatas playwood dan menjadikannya sebagai satu permaianan iaitu "Puzzle".





  


Mock up And Sketches

Semester break bermula selama seminggu. Jadi kami sekumpulan membahagikan tugas masing-masing dan setiap ahli akan membuat sketches dan 1 mockup mengikut kreativiti masing-masing dan juga mengikut watak yang telah dipilih.

Watak 1 : Pendekar Mustar. (Nur Kamilah Ruzana)
Watak 2 : Pendekar Mustar bersilat dengan pihak lawan. (Nur Shahirah)
Watak 3 : Pendekar Mustar sembelih lembu. (Nur Diyana)
Watak 4 : Pendekar Mustar balik ke rumah. (Roslina Keri)

"Pendekar Mustar Sembelih Lembu" menjadi watak pilihan saya dan saya telah membuat olahan dan lakaran dalam bentuk watak kartun. Saya memilih watak kartun kerana setiap orang ingin merasai kegembiraan dan kebahagian, jadi apabila melihat sesuatu yang lucu dan lawak, hati kita akan rasa lapang. Begitu juga dengan saya. Jadi inilah hasil lakaran saya.















Mockup yang telah saya hasilkan.

Dan tibalah masanya kumpulan kami membentangkan kerja yang telah kami buat semasa semester break yang lepas.