Tuesday, April 1, 2014

Tutorial : "Sticky Note" Day

Kumpulan saya diberi tugas untuk berbincang dan mengembangkan lagi idea mengenai tajuk yang telah kami pilih. Kali ini perbincangan kami menggunakan Kaedah “Sticky Note”. Dengan menggunakan kaedah tersebut, ahli kumpulan perlu brainstorming mengenai problem, design strategies, dan design solution.





Brain Storm

Kami diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin bekerja secara berkumpulan ataupun secara individu dan saya memilih untuk bekerja secara berkumpulan. Kumpulan saya telah berbincang mengenai projek yang bakal kami laksanakan dan kami telah membahagikan tugas masing-masing supaya idea untuk projek kami kali ini berkembang. Kami telah membuat design brief dan design solution supaya idea kami lebih nampak penyelesaiannya. 




Presentation Day

Hari ini merupakan hari pembentangan mengenai isu yang ingin dipertengahkan kepada lecturer kami iaitu Dr. Nurul. Antara isu-isu yang kami pertengahkan ialah:-
  • Terdapat banyak “homeless” di tepi-tepi jalan yang berkeliaran mencari tempat perlindungan, makanan, dan pakaian.
  •  Budaya Melayu yang kurang diberi perhatian di kawasan Lebuh Acheh.


Kawasan yang sangat suram, dipenuhi dengan iklan-iklan lama yang tidak dibuang.

Tutorial

Tutorial pada kali ini kumpulan kami berbincang mengenai masalah-masalah yang kami perolehi ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan Georgetown. Masalah-masalah tersebut perlu kami fikirkan bagaimana penyelesaiannya berdasarkan gambar-gambar yang telah kami ambil dan kami perlu membuat persediaan untuk pembentangan akan datang.

Brain storming bersama Dr. Nurul mengenai isu "Happiness Project" apa yang ingin diketengahkan.

Trip to Georgetown

Exploration about Happiness Project in Georgetown.


Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap pelajar diberikan kad petunjuk  laluan dan kami dikehendaki pergi ke checkpoint mengikut kumpulan yang diberikan. Sebelum sampai ke  checkpoint kami dikehendaki mencari masalah-masalah yang terdapat di sepanjang perjalanan ke checpoint masing-masing berkaitan dengan “Happiness Project”. Sambil mencari masalah kami juga menggambarkan dalam bentuk lukisan berkaitan dengan apa yang kami dapat. 

Salah satu peta yang kami dapat semasa berjalan-jalan di kawasan yang telah ditetapkan.

Kad petunjuk arah yang perlu kami lalui untuk ke checkpoint masing-masing
.
Salah satu idea yang saya dapat, pemilik basikal ini cuba menyelesaikan masalahnya iaitu bagaimana meletakkan barang-barang di atas basikalnya supaya tidak terjatuh.

my group trip to Georgetown!!


Tutorial

Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang tutor. Kumpulan saya dibimbing oleh Encik Mohd Zaki dan kami perlu membentangkan mengenai apa yang kami faham tentang “Happiness Project” dalam bentuk mindmap.
  • Explore what is Happiness?
  • Kami menggambarkan “Happiness” tersebut dalam bentuk mindmap dan visual. Setiap seorang perlu menggambarkan perkara yang amat digemari dan disukai seperti kenangan manis ataupun pengalaman sendiri. 

The Happiness Project

Dalam subjek Komunikasi Visual, Pensyarah saya iaitu Dr. Nurul Rahman telah memberikan penerangan mengenai projek yang akan dijalankan oleh kami sepanjang satu semester ini. Projek yang diberikan oleh beliau adalah bertajuk “Happiness in Georgetown”.
Antara perkara yang diterangkan oleh beliau mengenai projek ini ialah:-
  •  Apa itu konsep “Happiness” dari segi makna, simbol, logo, terma dan sebagainya.
  • Memahami dengan lebih mendalam mengenai bandar Georgetown dan Negeri Pulau Pinang.
  • Dapatan yang diperolehi daripada apa yang dikaji diluahkan ke dalam bentuk mindmap.